Diskaun Dan Rebat Tol Sempena PRU-14

May 3, 2018
Travel Smarter

Kuala Lumpur, 3 Mei 2018 – Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), mewakili syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia, mengumumkan pemberian diskaun dan rebat tol khas sempena Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) pada 9 Mei 2018 nanti.

Dijangkakan lebih 3 juta pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun tol antara 10% hingga 100% akan diberi pada hari mengundi 9 Mei 2018 manakala rebat tol 20% akan ditawarkan pada 8 Mei dan 9 Mei 2018. Senarai diskaun dan rebat tol bagi setiap konsesi lebuh raya adalah seperti yang disenaraikan di dalam jadual lampiran.

“Usaha syarikat-syarikat konsesi memberikan diskaun dan rebat tol ini merupakan tanda sokongan kami kepada para pengundi untuk keluar mengundi pada 9 Mei 2018 nanti. Ia juga merupakan sumbangan kami terhadap pilihanraya umum yang hanya tiba setiap 5 tahun,” ujar Encik Sazally Saidi, Yang Dipertua PSKLM.

Beliau juga menasihatkan semua pengguna lebuh raya agar dapat merancang dengan sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat dalam menunaikan kewajipan terhadap negara.

Nama Lebuhraya Masa & Tarikh Kelas Kenderaan Kadar Diskaun / Rebat
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua)Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Bridge

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Semua

10%

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)New Pantai Expressway

12.01 tengah malam – 12.00 tengah malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway

8.00 pagi – 5.00 petang

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA)Cheras-Kajang Highway

12.01 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)Duta-Ulu Klang Expressway

12.01 tengah malam – 12.00 tengah malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS)  @ Plaza Tol Ampangan sahajaKajang Seremban Highway @ Ampangan Toll Plaza only

12.01 tengah malam – 12.00 tengah malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Kajang SILK (SILK)Kajang SILK Highway

8.00 pagi – 5.00 petang

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

8.00 pagi – 5.00 petang

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)KL-Kuala Selangor Expressway

8.00 pagi – 5.00 petang

9 Mei 2018

Semua

100%

Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)Guthrie Corridor Expressway

8.00 pagi – 5.00 petang

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)Kuala Lumpur-Karak Highway

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Semua

10%

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)East Coast Expressway Phase 1 (ECE 1)

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Semua

10%

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

8 Mei & 9 Mei 2018

Kelas 1

Rebat 20% untuk pemegang kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go yang berdaftar menerusi portal PLUSMiles bagi perjalanan melebihi 100km

Penebusan antara 15 Jun – 14 Sept 2018

Lebuhraya PLUS (kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang)

8 Mei & 9 Mei 2018

Kelas 1

Rebat 20% untuk pemegang kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go yang berdaftar menerusi portal PLUSMiles bagi perjalanan melebihi 100km

Penebusan antara 15 Jun – 14 Sept 2018

Lebuhraya Shah Alam (KESAS)Shah Alam Expressway

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)SPRINT Highway

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Semua

10 sen

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)Sungai Besi Highway

12.01 tengah malam – 12.00 tengah malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

Maju Expressway (MEX)

12.00 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Semua

10%

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)New North Klang Straits Bypass Expressway

12.01 tengah malam – 11.59 malam (24 jam)

9 Mei 2018

Kelas 1

10%

 

- Tamat -


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Setiausaha PSKLM, YBhg Dato’ Mejar (B) Mohd Ashari Alias di 03 – 2084 5000


PSKLM telah didaftarkan pada 9 Februari 2011 sebagai platform untuk menangani isu-isu operasi lebuh raya di Malaysia. Ia bertindak sebagai orang tengah antara syarikat konsesi, pihak berkuasa dan orang awam untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kadar tol, operasi tol, penyelenggaraan lebuh raya dan perkara-perkara yang berkaitan lebuh raya yang lain.

Click to download a copy: Diskaun Dan Rebat Tol Sempena PRU-14 | Jadual Lampiran