PSKLM Dan LLM Edar Makanan Kepada Gelandangan

March 1, 2018
Travel Smarter

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2017 – Sebanyak 400 pek makanan diedarkan kepada golongan gelandangan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur menerusi program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) baru-baru ini.

Pengedaran yang berlangsung di Pertiwi Soup Kitchen, Medan Tuanku Kuala Lumpur ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan selain daripada memberi peluang kepada PSKLM dan LLM untuk mendekati golongan ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah, LLM bersama En. Sazally Bin Saidi, Yang Dipertua, PSKLM. Turut hadir bersama adalah pengurusan LLM, wakil dari PSKLM dan ketua-ketua syarikat konsesi lebuhraya.

“Program ini merupakan usaha PSKLM dan LLM untuk menerapkan sifat prihatin dan kasih sayang serta menyuburkan rasa tanggungjawab dalam membantu golongan tidak berkemampuan,” ujar YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh.

“Program ini juga merupakan kesinambungan daripada program-program CSR PSKLM bersama LLM yang kerap kali dianjurkan bagi membantu pelbagai golongan seperti mangsa tragedi bencana alam, pelajar, golongan kurang upaya dan ramai lagi. Adalah hasrat kami untuk mencipta masa hadapan yang lebih baik melalui program CSR ini,” tambah beliau lagi.

- Tamat -


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Biro Komunikasi PSKLM, En. Mohd Ramali Abu Bakar di 03 – 21642450


PSKLM telah didaftarkan pada 9 Februari 2011 sebagai platform untuk menangani isu-isu operasi lebuh raya di Malaysia. Ia bertindak sebagai orang tengah antara syarikat konsesi, pihak berkuasa dan orang awam untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kadar tol, operasi tol, penyelenggaraan lebuh raya dan perkara-perkara yang berkaitan lebuh raya yang lain.

Click to download a copy: PSKLM Dan LLM Edar Makanan Kepada Gelandangan

Gambar 1

Edar-Makanan-Kepada-Gelandangan-1

YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah, LLM (tiga dari kanan) ditemani En. Sazally Bin Saidi, Yang Dipertua, PSKLM (dua dari kanan) mengedarkan makanan kepada gelandangan.

Gambar 2

Edar-Makanan-Kepada-Gelandangan-2

YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah, LLM (tiga dari kanan) ditemani En. Sazally Bin Saidi, Yang Dipertua, PSKLM (dua dari kanan) mengedarkan makanan kepada gelandangan.

Gambar 3

Edar-Makanan-Kepada-Gelandangan-3

Golongan gelandangan beratur panjang untuk menerima sumbangan makanan dari PSKLM dan LLM.