Sazally Saidi Dilantik Yang Dipertua Baharu Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM)

March 1, 2018
Travel Smarter

KUALA LUMPUR, 18 April 2017 – Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) ingin memaklumkan barisan baharu ahli jawatankuasa yang dilantik semasa Mesyuarat Agong PSKLM yang ketujuh baru-baru ini.

Sazally_Saidi

En. Sazally Saidi, (rujuk gambar) Ketua Pegawai Eksekutif, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) telah dilantik sebagai Yang Dipertua bagi penggal 2017-2019. Beliau dibantu oleh barisan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada ketua-ketua syarikat konsesi seperti berikut:-

PSKLM-Barisan-Baharu-Ahli-Jawatankuasa

Di antara inisiatif PSKLM semenjak ditubuhkan adalah seperti penyediaan laman web Travelsmarter, aplikasi laman web Journey Planner, PSKLM International Expressway Conference & Exhibition (PIECE) dan menangani isu-isu yang melibatkan syarikat konsesi termasuk pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik (ETC). PSKLM juga aktif menganjurkan kempen-kempen keselamatan semasa musim perayaan, penyelarasan kadar komisyen kepada Touch ‘n Go, aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama masyarakat setempat dan pelbagai lagi.

- Tamat -


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi YBhg Dato’ Ir. Mohd Ashari Alias di talian 03-2084 5000


PSKLM telah didaftarkan pada 9 Februari 2011 sebagai platform untuk menangani isu-isu operasi lebuh raya di Malaysia. Ia bertindak sebagai orang tengah antara syarikat konsesi, pihak berkuasa dan orang awam untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kadar tol, operasi tol, penyelenggaraan lebuh raya dan perkara-perkara yang berkaitan lebuh raya yang lain.

Click to download a copy: Sazally Saidi Dilantik Yang Dipertua Baharu Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM)